Thursday, 5 January 2017

THE WOLF CHILDREN

Minggu ni masa ada gap exam, Umy dengan roomate kesayangan tengok cerita THE WOLF CHILDREN. Walaupun cerita kartun dan berunsur fantasi, cerita ini sarat dengan mesej yang bagus dan menarik. Apa lebih menarik ialah cerita ini seakan2 kontra dengan cerita SUNK INTO THE WOMB. Hal ini mungkin kerana situasi yang dialami oleh dua ibu ini adalah berbeza.

Didalam cerita THE WOLF CHILDREN, si ibu atau Hana telah berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan serigala jadian. Setelah melahirkan anak kedua, si suami keluar untuk mendapatkan sejenis burung liar yang dia sering buatkan sebagai sup bagi menaikkan selera si isteri. Tetapi malangnya dia telah mati dimana bangkainya sebagai seekor serigala dijumpai di sebuah longkang besar. Mungkin dia hanyut di bawa arus deras kerana hujan sangat lebat.

Maka tinggallah Hana sendirian dengan dua orang anaknya yang nakal. Dia tidak pernah membawa anaknya ke hospital kerana takut tiba2 mereka bertukar menjadi serigala. Hal ini telah menyebabkan pekerja sosial hadir dan berkeras untuk memeriksa anaknya. Kadangkala, anaknya akan menyalak dan akan terdapat jiran yang datang menjenguk rumahnya.

Perkara di atas berbeza dengan cerita SUNK INTO THE WOMB di mana tiada siapa yang begitu endah akan keluarga mereka. Selain itu, Hana ditinggalkan suami oleh kerana suaminya telah mati, tetapi si ibu di dalam cerita ini ditinggalkan oleh suaminya maka perasaan dan situasi yang dialami oleh mereka adalah berbeza.

Berbalik kepada cerita THE WOLF CHILDREN ini, Hana adalah seorang yang amat tabah. Dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah. Dia tidak menyekat hak anaknya untuk bermain di luar di mana dia hanya mengenakan syarat kepada anaknya supaya sentiasa menjadi manusia ketika di luar. Dia juga membenarkan anaknya bersekolah seperti manusia lain dan memilih jalan hidup mereka sendiri.
Di mana anak keduanya tidak mahu bersekolah lagi dan ingin ke hutan bagi memenuhi nalurinya sebagai seekor serigala. Walaupun tidak realistik tetapi mesej yang disampaikan adalah kena, iaitu anaknya mempunyai hak untuk memilih sama ada untuk kekal hidup sebagai seorang manusia atau seekor serigala.

Kesimpulannya cerita ini amat menarik, terutamanya berkenaan pengorbanan seorang ibu dan hak seseorang untuk memilih jalannya sendiri :D

No comments:

Post a Comment