Tips


6 Tip Menjadi Pencinta Buku

Membaca itu jambatan ilmu. Jadi di sini saya mahu kongsikan tip-tip untuk menjadi pencinta buku.
Ingatlah seruan Allah s.w.t dalam surah al-Alaq. Baca selagi terdaya :)


1. Don't judge a book by its cover. Kadang-kadang cover kulit buku yang menarik tidak semestinya isi kandungannya juga baik. Tetapi, ada juga cover buku yang menarik dan menghidangkan isi kandungan yang menarik perhatian.

2. Pilih buku mengikut kegemaran dan minat. Sekiranya minat mengembara, carilah buku-buku yang mencabar seperti perjalanan insan-insan yang hebat.

 3. Mulakan dengan buku-buku bestseller.  Kita membaca buku bestseller kerana mempercayai buku itu dibeli pembaca yang lain kerana kehebatan isi kandungannya.

4. Rajin-rajin ke kedai buku seperti MPH, Popular dan sebagainya. Ada paparan buku yang diakui jualannya tinggi. Hal ini kerana buku disukai ramai. Jadi sudah pasti buku itu menarik dn hebat.

5. Baca  buku ketika waktu yang tenang dan jauh dari tekanan stress. Usah membaca buku ketika otak serabut dengan pelbagai perkara.

6. Pilih tempat dan lokasi yang selesa dan aman bagi membaca. Cari tempat yang jauh daripada gangguan dan bunyi yang membingitkan.


Selamat Mencuba ^^b






*********************************************************************************



14 Tip bersahabat hingga ke Jannah

  Sudah penat rasanya berbicara soal sahabat dan teman.
Pokok pangkalnya adalah hati. Apa niat kita berkawan dengannya. Adakah disebabkan harta, pangkat, kedudukan ataupun rupa paras? Tepuk dada tanya hati. Sekiranya hati anda masih 
tertanya-tanya dan masih lagi ragu-ragu akan jawapannya, marilah sama-sama kita menyusuri tip-tip bersahabat sehingga ke syurga, InsyaAllah.


1. Ikhlaskan niat mahu bersahabat dengannya kerana Allah S.W.T kerana jika ada sebab lain sudah pasti persahabatan itu tidak akan kekal lama.

2. Mulakan dengan taaruf. Kenal hati dan budinya, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta :)


3. Bersalaman apabila berjumpa untuk yang sama jantina serta memberi salam sebagai pembuka bicara. Dengan cara ini, ukhuwah dapat dieratkan.


4. Sentiasa bermanis muka dan tersenyum. Seyum itu sedekah.

5. Berpesan-pesan untuk kebaikan, supaya bersama-sama dapat menuju ke Jannah, insyaAllah.


6. Jauhi perkara-perkara yang mampu menimbulkan kemarahannya. Perlu tahu apa yang tidak disukainya.


7. Sensitif dengan perasaannya. Perlu jaga adab dalam berkawan agar perasaan masing-masing terjaga.


8. Biasakan diri dengan ucapan terima kasih, tahniah, maaf dan sebagainya. Hargai sahabat dengan berterima kasih :)


9. Jauhkan prasangka, hasad dengki, dan fitnah jahat. Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.


10. Saling bantu membantu tidak kira apabila senang atau susah.


11. Perbaiki akhlaknya jika perlu. Tunjukkan akhlak yang baik agar sahabat dapat contohi. 

12. Berikan galakan dan motivasi selalu.


13. Menjadikan anda pendorong dan contoh yang  hebat kepadanya.


14. Berdoa tanpa pengetahuannya :)






*********************************************************************************











No comments:

Post a Comment