Hujung tahun lepas, umy ada menonton wayang filem DESOLASI. Memang menarik dan sarat dengan mesej. Cerita ni berkisarkan mengenai Aiman yang mengalami penyakit mental. Dia bukanlah gila seperti stigma orang ramai kerana dia masih boleh berfikir secara waras, cuma ada ketika dia akan 'hilang' dan berada dalam dunianya sendiri.
Cerita ini mengingatkan pengalaman umy semasa berpraktikal di Hospital Permai, Johor. Perkara yang sering dimomokkan mengenai pesakit mental adalah tidak benar sama sekali. Jika diberikan rawatan dan sokongan yang sewajarnya, mereka bukanlah individu yang membahayakan. Mereka boleh menjalankan aktiviti jual beli, membuat kuih muih, mengurus diri dan sebagainya.
Cuma stigma yang telah lama tertanam dalam diri masyarakat kita telah meninggalkan kesan negatif akan pesakit mental ini. Kita seharusnya sedar bahawa mereka juga mempunyai hak mereka untuk dilayan dengan baik tanpa sebarang bentuk prejudis dan diskriminasi. Masyarakat juga perlu sedar bahawa bukan semua penyakit mental adalah GILA.
Penyakit mental itu boleh terbahagi kepada banyak perkara seperti kemurungan, halusinasi, delusi dan sebagainya. Maka tidak wajar dilabelkan mereka yang mempunyai penyakit mental adalah gila dan tidak waras. Stigma yang wujud ini malah akan membawa kepada perkara yang lebih buruk lagi. Di mana pesakit mental tidak mahu mengaku mereka punyai penyakit mental dan seterusnya tidak mahu mendapatkan rawatan kerana khuatir akan pandangan masyarakat.
Jika perkara ini berlarutan, maka ia akan lebih parah dan membawa kepada masalah yang lebih serius. Maka masyarakat terutamanya, perlu mnyedari akan hak pesakit mental di mana mereka bukanlah gila dan mereka perlulah dilayan sama seperti pesakit yang mnghidapi penyakit fizikal.
Meskipun mereka mempunyai penyakit mental atau masalah kesihatan mental, ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai maruah. Sebagai seorang manusia, mereka turut punyai maruah untuk dijaga dan dihormati. Justeru, pelbagai usaha telah dilakukan oleh SUHAKAM bagi membela hak mereka. Antaranya dengan menggunakan slogan berkaitan seperti 'Maruah dalam Kesihatan Mental' dan sebagainya bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Sumber:
Haii Assalam umy :) mmg cerita Desolasi ni penuh dengan pengajaran, pendapat saya Filem Malaysia harus menyediakan cerita cerita yang memberi banyak input seperti ini :) terima kasih ! baru saya tahu tentang hak asasi pesakit mental ini . good job :)
ReplyDeleteNURUL NADIA BINTI HAIRUDDIN
A 156465
assalam umy..memang betul tu bukan semua pesakit mental bermaksud mereka tu gila, merbahaya dan tidak waras cuma sikap rakyat malaysia ni yg suka memandang rendah terhadap orng yg berpenyakit mental ini. masalah sakit mental ini boleh terjadi kepada sesiapa pun cth sekiranya seseorng itu sering dlm keadaan yg stress dan slalu memendam rasa. jadi utk elakkan dripada pnyakit seperti ini kita kena slalu mengambil berat mengenai kesihatan mental kita bukan sahaja fizikal. terima kasih utk perkongsian umy bgi topik ini kerana dpt membuka fikiran saya mengenai pesakit mental dan akhir sekali semoga blog ini bermanfaat untk semua :)
ReplyDeleteclearly explanation.thank you for sharing.
ReplyDelete