Makin ke hadapan makin banyak ragam remaja sekarang. Bermula dari satu aksi viral ke satu lagi aksi yang merbahaya. Motif? Mungkin mahukan perhatian atau sekadar suka2. Tapi yang pasti jawapannya ada pada mereka yang melakukannya.
Seperti mana yang kita tahu, sekumpulan remaja yang memanjat mercu tanda IPOH telah memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka. Apa yang umy boleh ulaskan adalah memang kita punyai hak masing2 terhadap diri kita masing2. Tetapi jika perkara itu melibatkan nyawa dan aksi merbahaya sehingga melanggar undang2. Maka ia bukan lagi hak mutlak kita seorang.
Tambahan pula apabila diupload ke media sosial, maka dikhuatiri akan mempengaruhi remaja lain yang sememangnya suka mencuba perkara2 baru dan viral. Buktinya, baru2 ini sejurus kejadian tersebut, viral pula seorang remaja lelaki memanjat kren. Kuat betul pengaruh viral ni kan.
Pihak berkenaan telah membuat laporan polis akan tindakan remaja tersebut dan perlu difahami bahawa mereka bukan mencabuli hak individu tersebut untuk melakukan perkara yang dia ingin lakukan, tetapi kerana ia telah melanggar undang-undang dan membahayakan nyawanya serta orang di sekeliling.
Sebagai manusia yang diberi akal dan waras, sepatutnya kita perlu pertimbangkan tingkah laku kita. Bukan berfikiran singkat semata-mata. Namun, tidak wajar juga jika kita asyik menyalahkan mereka. Tindakan yang berkesan seperti sesi kaunseling dirasakan perlu dijalankan ke atas mereka yang terlibat untuk mengetahui sebab terperinci mereka berkelakuan sedemikian. Manusia mempunyai hak yang tersendiri, namun hak tersebut dibatasi oleh akal fikiran dan undang2.
Sumber : http://www.siakapkeli.my/2017/01/selepas-aksi-panjat-ipoh-viral-pula.html?m=1
No comments:
Post a Comment