Mukjizat Rasulullah s.a.w
Mata yang terkeluar.
-Dalam peperangan Uhud, mata seorang sahabat yang bernama Qatadah bin An-Nu'man, kena panah hingga keluar biji matanya terletak di atas pipinya. Lalu Nabi Muhammad s.a.w masukkan kembali, maka jadilah ia lebih baik dan lebih terang daripada yang satu lagi.
Gugurnya berhala-berhala
-Di Masjid Makkah mengandungi 360 berhala, kerana tiap-tiap satu kabilah atau kaum Arab mempunyai satu berhala. Berhala-berhala itu ditanam pangkalnya, dan dikuatkan lagi dengan batu dan dibebat dengan timah. Pada hari umat Islam tundukkan Makkah, Nabi Muhammad s.a.w masuk ke dalam masjid dan mengisyaratkan dengan satu tongkat terhadap berhala-berhala itu. Maka seketika itu juga gugurlah tiap-tiap berhala ke depan atau belakang menurut isyaratnya.
Pohon mendatangi
-Ada seorang Arab gunung meminta Rasulullah s.a.w tunjukkan kepadanya satu tanda supaya jadi sebab bagi hidayatnya, maka Nabi Muhammad suruh dia panggil salah satu pohon yang dekat di situ. Ia panggil dan pohon itu pun datang dan berdiri di hadapan Rasulullah s.a.w, dan kemudian dengan satu isyarat, kembalilah ia ke tempatnya.
******************************************************************************************************************
Orang Bakhil Tidak Dapat Melihat Rasulullah s.a.w
Sayidatina Aisyah r.ha. sedang menjahit pada suatu dinihari. Tanpa disengajakan, tiba-tiba jarum terjatuh ke lantai. Kebetulan pelita pula terpadam. Menjadi gelaplah ruang bilik tempat Sayidatina Aisyah berada itu. Bagaimana hendak mengambil jarum yang jatuh ke lantai dalam keadaan seperti itu? Jika tersalah pegang mungkin jari akan tertusuk jarum.
Sebentar kemudian Rasulullah s..a.w masuk ke bilik. Serta-merta bilik yang gelap itu bertukar menjadi cerah, diterangi cahaya yang terpancar dari badan dan wajah baginda.
Dengan bantuan cahaya mukjizat itu, Sayidatina Aisyah dapat mengambil semula jarum yang terjatuh ke lantai.
" Alangkah terangnya wajahmu wahai Rasulullah, " Ujar Sayidatina Aisyah.
" Malanglah bagi sesiapa yang tidak dapat melihatku, " Balas Rasulullah s.a.w
" Siapakah yang tidak dapat melihatmu? " Tanya Sayidatina Aisyah
" Orang bakhil...," Jawab Rasulullah s.a.w ringkas.
" Siapakah orang bakhil itu ? "
" Orang bakhil itu ialah orang yang tidak berselawat ke atasku ketika mana namaku disebut."
No comments:
Post a Comment