Petua

PETUA  LEMBAPKAN WAJAH 

Cuaca di negara kita agak panas, jadi kulit kita pasti akan cepat kering. Jadi, untuk membuatkan kulit kita sentiasa segar dan tak kering caranya adalah dengan :

1. Cuci muka dengan air suam sebelum mencuci dengan pencuci muka. Ini untuk membuka liang-liang pori wajah supaya kotoran akan dapat ditanggalkan dengan lebih mudah.

2. Cuci wajah anda dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.  Gosok dengan perlahan-lahan.

3. Bilas dengan air sejuk, untuk menutup atau mengecilkan kembali liang-liang pori agar kotoran tidak masuk.

4. Jangan lap wajah anda dengan tuala muka, biarkan air itu di wajah agar kulit lebih lembap.

5. Gunakan toner atau penyegar pada wajah.

6. Minum banyak air agar kelembapan wajah dapat dikekalkan.


~ Selamat Mencuba ~ :) 



Setiap yang Allah ciptakan pasti ada manfaatnya yang tersendiri. Mari kita sama-sama lihat antara kebaikan bahan-bahan semulajadi berikut kepada tubuh badan kita.

Namun kecantikan yang sebenar bukan dinilai dari luaran, namun dari dalamannya juga :)



 Limau

Kandungan vitamin C nya yang tinggi berguna untuk mencerahkan, melembab dan menghaluskan kulit. Caranya mudah, masukkan limau yang sudah dibuang kulit ke dalam alat pengisar. Campurkan garam dan sesudu madu. Kemudian sapukan rata pada kulit dan biarkan ia kering. Selepas itu gosok lembut 'lulur limau' agar sel-sel mati turut tertanggal.






Tomato

Ia bagus untuk melicinkan kulit kerana ia mengandungi protein, belerang, vitamin A, B1 dan C. Untuk menghilangkan jerawat, sapukan tomato yang telah dihancurkan pada wajah setiap kali sebelum tidur. Kemudian bersihkan ia pada keesokan harinya.






Gula

Gula atau garam juga boleh dijadikan bahan untuk menghaluskan kulit. Caranya gosokkan bahan ini pada sebahagian tubuh yang sudah dibasahi dengan air. Selepas itu bersihkan ia dengan air suam.







Kopi

Kandungan antioksida yang tinggi bermanfaat untuk merawat kecantikan kulit kamu. Wanita di rusia juga sering mencampurkan kopi di dalam mandian mereka. Ia bukan sahaja merilekskan bahkan boleh dijadikan lulur untuk menanggalkan sel-sel mati.





Avokado

Masalah kulit kering ? Atasi dengan lulur avokado. Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin E dan memiliki kadar pelembap yang tinggi, bahkan mampu melambatkan kesan penuaan pada kulit. Caranya mudah, jus avokado ini hendaklah dicampurkan dengan susu sebelum disapu pada kulit. Kemudian biarkan seketika dan basuh dengan air suam.



Teh


Wapkan wajah dengan air yang telah dicampurkan dengan segenggam daun teh boleh membuatkan wajah kamu terasa segar. Selain itu, air teh juga boleh dijadikan pencuci wajah untuk menghasilkan kulit wajah yang halus, bersih dan berseri.





No comments:

Post a Comment