Tuesday, 21 May 2013

My sister ~Birthday Girl~

Assalamualaikum, Konnichiwa, Ayonghaseyo ^_^
Alhamdulillah, siap juga laptop umy ni dibaiki jadi boleh la umy mula update blog :)


Baru-baru ni, adik umy yang ke-3 telah menyambut hari jadinya dekat asrama. Nasib baik asrama adik umy dekat, jadinya petang itu Umy dan family umy pergi melawat adik umy untuk sambut hari jadinya. Adik umy yang ke-2 dah ada motor jadi dia nak naik motor tak nak naik kereta. Adik Umy yang paling akhir sekali pun nak ikut sekali naik motor, tapi mama umy & umy sendiri pun risau nak benarkan sebab adik umy yang ke-2 ni bawak moto memang laju. Umy pun kalau naik dengan dia mesti pesan suruh bawa slow-slow. Rasa macam nak tercabut topi keledar umy ni.

Tapi adik umy yang akhir ni mula buat drama air mata, dan akhirnya dia pun naik moto dengan abangnya. Bila dah mula bertolak, family umy pergi beli makanan dan kek dulu. Tengok dari belakang adik umy yang kecil tu macam nak melayang ja bila naik moto, risau tengok. Melalui tingkap Umy dan adik umy yang ke-4 cepat-cepat pesan suruh adik umy pegang kuat-kuat abang wan. Adik Umy pun terus peluk erat-erat dan kelakar sangat tengok topi keledar yang adik umy pakai. Macam besar dari badan :D


Bila dah sampai asrama, umy sekeluarga pun menunggu adik umy. Sampai sahaja kami mula menjamu selera dan tak lama kemudian kakak angkat adik umy datang. wah, cemburu juga umy dapat tahu yang adik umy ada kakak lain -_-' Tapi tak pe, yang penting kakak angkat adik umy tu baik dan ramah :) Kami menjamu selera dan ayah umy dengan adik umy yang ke-2 beredar sekejap untuk solat asar.

Tiba-tiba kakak angkat adik umy tanya " kak, yang lelaki tadi tu suami kakak ke? " Wah, terkedu Umy, siapa yang dia maksudkan? adik umy dah faham dan kenyit-kenyit mata dekat umy. Oh mesti dia maksudkan adik umy yang ke-2 tu. Belum sempat Umy jawab dia tambah lagi " Tak la, sebab nampak macam serasi " Hehe memang la serasi dah adik-beradik kata umy dalam hati tapi Umy jawab saja "Ya" dan dia mula mengangguk dan kata "wah.." kagumkah? hehe


Tapi selepas tu Umy cepat-cepat cakap " Adik la " dan dia mula kecewa sebab salah teka. "Adik?" tambah dia lagi. Mungkin sebab muka umy nampak macam muda daripada adik Umy kot, sebab tu dia terkejut hehe. Bila sampai masa potong kek, ayah umy pun baca doa khas untuk birthday girl dan kami makan dengan gembira kek tu :) Bila masa nak balik Umy ikut adik umy masuk asrama, rasa rindu nak lepas dia sebab umy jarang jumpa dia. Umy cuti sem tapi dia masih dekat asrama.

Keadaan dalam asrama macam pasar malam, banyak barang yang dijual dan umy masuk pun mereka tak perasan hehe. Sampai dekat tempat adik umy, dia mula menunjukkan kekreatifan dia menghias dom. dan tunjuk-tunjuk surat-surat yang kakak angkat dia beri. Tiba-tiba mata Umy terpandang sepasang baju kurung
yang macam umy kenal " Ana ambik baju kakak " kata Umy. " Mama yang bagi masa ana tak cukup baju " Dengar saja perkataan 'mama' umy pun akur.

Umy pun beri hadiah dekat adik umy, dan dia letakkan dekat atas meja. Tiba-tiba umy terfikir, " Jom tukar baju nak. Kita menyamar, kakak jadi hang " " Jom " kata adik Umy sambil jalan ke arah umy dengan terujanya. " Eh tak payah la" Kata Umy sambil tolak adik umy ke tepi, saja gurau-gurau. Kami berdua pun mula keluar sambil ketawa riang dan lupa tujuan asal kami ke dom iaitu untuk ambil laptop yang adik umy pinjam dari adik umy yang ke-2. Jadi adik Umy pun berpatah balik ke dom, dan umy dah tak sanggup ikut hehe. Setelah semua siap, kami pun bertolak pulang dengan gembiranya dan harap ana akan habis exam cepat :)

Happy Birthday Ana, Jaga diri elok-elok.
Walaupun hadiah tak seberapa, tapi bukan yang itu yang hendak dinilai,
Sebab keikhlasan dan kasih sayang antara kakak dan adik tidak akan dapat dinilai dengan apa-apa pun <3
Hwaiting ! ^_^

p/s: Birthday adik angkat Umy coming soon :)

Wednesday, 1 May 2013

~Hikmah~ Telefonku hilang !

Assalamualaikum, anyonghaseyo :)

  Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, baru-baru ni telefon umy hilang sehari sebelum umy akan balik ke Perak. Sedihnya memang tak terkata sebab ini dah masuk kali ke dua telefon umy hilang. Tapi bila difikirkan dalam-dalam, memang semuanya kuasa Allah. Tak sangka Allah memakbulkan apa yang umy minta dengan cepat sekali.

  Sebenarnya sebelum telefon umy hilang, Umy ada sertai satu program yang melibatkan pelajar sekolah rendah. Umy dan kawan umy jadi fasilitator buat pertama kalinya dan di program itu kami semua menunaikan solat dhuha. Hendak dipendekkan cerita, setelah tamat program, pengetua sekolah tersebut ada menceritakan mengenai pengalaman beliau mengenai solat dhuha. 

  Beliau menceritakan bahawa beliau telah terlintas mengenai bagaimana agaknya jika dia sakit, adakah anak-anaknya akan mampu menjaganya? Dan dengan kuasa Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, Allah makbulkan apa yang dihajatnya dan Alhamdulillah, anak sulungnya yang selama ini banyak mendiamkan diri itulah yang paling banyak menggalas tanggungjawab menjaganya dan adik-adiknya semasa dia sedang sakit. Dia gembira kerana anak-anaknya tak berpecah malahan mereka lebih rapat.

  Selepas program itu, umy dan sahabat umy menunaikan solat dhuha bersama-sama di rumsis,  dan tiba-tiba di hati umy terlintas bagaimana pula kalau umy? kalau umy ditimpa kesusahan adakah kawan-kawan umy akan lakukan perkara yang sama ? Kemudian, keesokan harinya, umy terasa rajin hendak turun membeli sarapan memandangkan hari itu hari terakhir peperiksaan dan esok umy akan mula bertolak pulang ke Perak. Umy mengajak kawan-kawan yang lain dan dua orang kawan umy bersetuju untuk ikut sekali.

  Setelah bersiap, umy dan kawan umy pun turun dan menuju ke kedai untuk beli sarapan, umy rasa tak selesa untuk mengambil lauk dan letakkan telefon di sebelah dulang lauk. Kawan umy tanya ada telefon tak? sebab nak tanya kawan-kawan yang lain makanan apa yang mereka nak. Umy pun tunjukkan telefon umy yang ada di sebelah dulang sambil mencedok lauk, " Tapi tak ada kredit ". Setelah selesai mengambil lauk, umy terus ke kaunter dan bayar. kawan-kawan Umy masih belum siap jadi umy tunggu. 

  Setelah semua siap, kami pun jalan balik dan tiba-tiba baru umy rasa lain macam, dan terus teringat telefon umy yang umy letakkan di sebelah dulang. kawan-kawan umy ingat umy bergurau, jadi umy terus patah balik dan cari telefon umy, tapi hampa telefon dah tak ada ! umy pun terus berjalan keluar dari kedai dan tiba-tiba salah seorang kawan umy tadi datang. " Dah jumpa?" " Tak " jawab umy lemah. " Jom cari lagi" kata kawan umy sambil menarik tangan umy masuk semula ke kedai. 


  Kami pun mula mencari dan bertanya kepada kakak yang menjaga kaunter, dia kata tak nampak dan terus menghulurkan telefon bimbitnya untuk umy menelefon telefon umy. Tapi hampa, tak ada bunyi nada dering telefon umy yang kedengaran. Umy dail lagi sekali dan tiba-tiba seorang lelaki yang duduk di meja berdekatan mengangkat telefon. Tapi sayangnya talian terputus. kawan umy menyuruh umy dail lagi dan dia berdiri berdekatan lelaki tersebut. Kemudian lelaki itu menganggkat telefonnya. 

  Kawan umy hanya gelengkan kepala, bukan telefon umy rupanya. kemudian kami pun berjalan pulang, kawan umy yang seorang lagi sedang tunggu di bawah rumsis. Dia berlari anak mendapatkan kami dan tanya, " Jumpa " " Tak " jawab umy lemah. Tapi kawan umy tak percaya dan mula periksa umy macam pegawai kastam. Lepas tu dia terus tarik umy " Jom cari lagi " " Dah cari tadi " tapi umy hanya ikut saja jejak langkah kawan umy. kami pun terus mencari dan mencari, " Jap tunggu " kata kawan umy sambil menuju ke arah kawannya yang sedang berjalan kaki. Dia meminjam telefon kawannya dan dail no fon umy, umy hanya perhati dari jauh dan cuba fokus pada bunyi. 


  Tapi tak ada apa-apa tanda, kawan umy datang ke arah umy dan berkata " Nombor farahin, 014 ke 017 ? ", " 014" balas umy " la.. tadi kami dail 017" kata kawan umy. Jadi kami pun ambil keputusan pergi ke mak cik guard dan buat laporan. Memandangkan kami bukan hendak ke kelas, kami memakai t-shirt muslimah dan kain hitam, pakaian ni tak dibenarkan kalau hendak ke kelas. Setelah buat laporan kami pun berjalan pulang ke rumsis. Semua yang sedang berjalan kaki hendak ke kelas perhatikan kami yang berjalan berlawanan arus dengan mereka, dan kawan umy kata " Mesti diorang ingat kita kena tahan dengan mak cik guard dan sekarang kita balik nak tukar baju " 

  Sebenarnya umy pun rasa yang sama, tapi tak apalah yang pasti anggapan tu salah. Kami pun percepatkan langkah sebab pukul 2:30 nanti ada exam. Buka sahaja pintu rumah, semua kawan umy berkumpul di ruang tamu dan semua mata memandang umy dengan muka yang tak percaya yang telefon umy hilang. Umy pun terus ambil cawan dan minum air, kering rasanya tekak ni. Kawan umy bersuara " Dah bagi tahu ayah belum? " Umy terkedu, macam mana nak bagi tahu ni.

  Esok dah la nak balik dah, telefon ni penting. Tapi nasib baik umy ada bawa telefon umy yang lama cuma sim kadnya tak ada. " tak apa, guna kami punya sim " kawan umy tawarkan diri. umy hanya diam, tengah fikirkan apa reaksi ayah umy bila tahu yang umy dah hilangkan telefon yang baru dibeli 3-4 bulan. Kawan umy terus mendesak umy supaya beritahu ayah umy. Tiba-tiba baru umy teringat, hari ni ayah umy ke hospital. Mana boleh umy bagi tahu sekarang, akhirnya umy kalah, air mata terus berderai. 

  Melihat reaksi Umy terus kawan umy sarankan supaya umy mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Umy akur dan hanya mengikut. Rasa bersalah mula menikam sebab umy takut ganggu tumpuan mereka untuk exam petang ni. Setelah solat dan membaca yasin dengan ditemani kawan umy, umy pun ke ruang tamu untuk bersama-sama ulang kaji pelajaran. Tapi fikiran umy tak tentu, haish baru hilang telefon dah macam ni, keluh umy. " Farahin ok tak? " tanya kawan umy. Umy hanya mengiyakan. " Kalau penat tidur dulu, pukul 11 kami kejut" Kata kawan umy yang seorang lagi.

 Umy pun terus ke bilik dan melelapkan mata, tapi badan tiba-tiba rasa seram sejuk macam nak demam, umy ambil kot dari almari dan terus sambung tidur. " Farahin, dah pukul 11 " umy terjaga, dan terus bangun. Tiba-tiba kakak bersebelahan bilik umy nampak umy memakai kot dan terus tanya " Farahin nak pergi mana ?" umy pun jawab " tak pergi mana, badan sejuk" tapi disebabkan suara umy perlahan kakak tak dengar dan terus tanya lagi dan lagi.

  Tapi umy tak berdaya nak jawab dan kakak terus pergi, maaf kak, umy tak sengaja. lepas tu, umy terus sambung ulangkaji dengan kot yang masih dipakai. " Sejuk ke farahin? " Tanya kawan umy. " ha'a rasa nak demam " kawan umy terus pegang dahi umy. " Ha'a la. kesiannya dia " terima kasih sebab prihatin kawan :) Tiba-tiba satu kapsul ubat ada atas meja umy, umy mendongak tengok kawan umy yang lain yang berikan. " Nah makan  ubat ni" kata kawan umy. Umy ambil dan simpan. Rasanya tak teruk sangat ni.

  Umy takut nak telan ubat, sebab tu la susah sikit. Nak dihabiskan cerita, kami mula menyiasat setiap orang yang mengunjungi kedai pada hari itu, suspeknya sudah ada, tapi memandangkan masa semakin suntuk dan debaran untuk balik sudah terasa, penyiasatan ditangguhkan. Malam itu di rumsis hanya ada umy dan kawan umy seorang serta dua lagi kakak senior. Kami membuat hal masing-masing dan pada waktu itulah umy baru teringat akan apa yang terlintas dihati umy semasa menunaikan solat dhuha. Ya Allah, mungkin ini caranya untuk aku lebih mengenal sahabat-sahabat aku. Alhamdulillah, semua kawan-kawan umy amat mengambil berat tentang umy, dan sedikit sebanyak kesedihan umy mula terubat kerana umy sudah mula nampak hikmah di sebalik kehilangan telefon umy.

Alhamdulillah :)

Semoga Allah merahmati persahabatan kita. Friends till Jannah  <3