Saturday, 27 April 2013

Demam Running Man

Assalamualaikum, 


  Alhamdulillah, dah selamat sampai di Perak setelah sekian lama merantau di Melaka. Running Man, rasanya mesti ramai yang tahu cerita ni kan? Tapi tak kurang juga dengan yang tak tahu. Ada yang ingat cerita ni cerita orang barat sebab tajuknya berbahasa Inggeris, tapi sebenarnya cerita ni cerita Korea. Di tempat umy belajar, cerita Running Man ni memang popular, tapi apa yang Umy nak kupaskan dekat sini bukanlah hanya mengenai hiburan yang ada dalam cerita Running Man ni, (variety show) Umy nak kupaskan mengenai pengajaran atau teladan yang boleh kita belajar, dan ambil daripada cerita ni. ^_^


   Running Man adalah sebuah variety show yang mempunyai 9 orang anggota dan masing-masing mempunyai karakternya yang tersendiri. Kadangkala mereka diberikan misi yang memerlukan mereka bekerjasama antara satu sama lain dan kadangkala memerlukan mereka mengkhianati ahli kumpulan mereka sendiri demi kejayaan misi tersebut. Dari sini kita boleh belajar bahawa, semangat berkumpulan atau semangat kekitaan itu penting bagi mencapai sesuatu kejayaan. Namun, manusia ini Allah jadikan kita berlainan setiap satunya. Kita tidak akan dapat tahu isi hati orang lain. Mungkin pada luarannya kelihatan baik, tetapi di dalam siapa tahu? Jadi dalam berkawan, kita perlulah ikhlas, kerana ukhuwah yang dibina ikhlas kerana Allah, InsyaAllah Allah akan menjaga hubungan tersebut daripada sebarang pengkhianatan.



  Selain itu,  sepanjang cerita ini berlangsung, setiap ahli pasti akan menegur sesiapa sahaja yang mereka jumpa sama ada di jalanan atau di pasar dengan ucapan ' anyonghaseyo' sebagai tanda hormat walaupun mereka tidak saling kenal antara satu sama lain. Mungkin kita boleh praktikkan cara ini di dalam kehidupan kita dengan menggantikan ucapan tersebut dengan ucapan ' Assalamualaikum '. Bezanya kita akan dapat ganjaran pahala dari Allah berbanding dengan mereka. Semoga umy sendiri dapat praktikkan apa yang umy katakan ini ^_^


  Umy teringat kata-kata senior umy, " Berhibur tak salah, janji ada batas. Kalau kita rasa dah terlebih, istighfarlah banyak-banyak dan kembalilah kepada Allah S.W.T " dan pensyarah umy juga ada kata " Bila tengok sesuatu cerita tu, jangan tengok saja. Cari mesej dan apa-apa pengajaran yang ada dalam cerita tersebut "


# Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang :)