Sunday, 2 December 2012

Kisah si Daun Selom

Assalamualaikum semua, Anyonghaseyo ^_^


Apa khabar? Sihat tak? Umy sebenarnya nak cerita tentang pengalaman hitam Umy dibuli oleh sepupu-sepupu Umy masa dekat kampung. Tapi tak la hitam sangat, mungkin kelabu? hehe       gurau-gurau. Nak tahu lebih lanjut, jom teruskan membaca :)

 Hari tu semasa di kampung, ada kenduri dan antara yang dihidangkan ialah ulam-ulaman. Umy tidak berkesempatan untuk menjamah makanan memandangkan Umy sibuk menjadi pengapit hehe. Jadi setelah selesai kenduri Umy pun pergi ke dapur untuk mengisi perut yang sememangnya sudah lapar ni.

Tiba di meja makan, sepupu-sepupu Umy semuanya ada di situ dan mereka juga sedang megisi perut masing-masing. Umy minta ulam, dan salah seorang dari mereka berikan terlalu banyak ulam dekat Umy. Sengaja nak cari pasal la tu. Tapi Umy makan sahaja, tak pa ulam baik untuk kesihatan :)

 Kemudian sambil-sambil makan, terkeluarlah topik tentang nama ulam yang sedang kami makan itu. Umy kata tu daun sup, sepupu Umy yang seorang lagi membantah dengan keras dan katakan tu daun selom. Sebenarnya ni first time Umy dengar nama daun selom hihi. Jadi Umy membantah dan tetap dengan pendirian Umy kata ni daun sup, ye la Umy cucu sulung dan Umy perempuan, diorang waktu tu semuanya rata-rata lelaki, jadi mana boleh Umy mengaku kalah walaupun dalam hati dah rasa tak confident. Mana taknya Umy seorang & diorang semua dalam 6 ke 7 orang.



Apa-apa pun hujah tetap diteruskan dan   sepupu-sepupu Umy kata daun ni diletak dalam laksa bukan sup, jadi ni bukan daun sup. Umy kata dalam laksa ada daun kesum bukan daun selom dengan 'yakin'nya. Suasana meja makan seakan-akan macam dah bertukar jadi meja hakim. kadang-kadang macam gelanggang raja lawak pun ada sebab masing-masing tak mau mengalah dan bukti yang diberi macam tak munasabah.

Akhirnya setelah penat berdebat, sepupu Umy yang lain cadangkan kita tanya Mak Dak sebab kebetulan Mak Dak lalu dekat situ. Kalau salah kita conteng muka Kak Farah. Kata mereka   beramai-ramai. Mamat kata " Tak, kita korek pipi lepas tu tanam daun selom " Sambil meletakkan daun selom dekat pipi dia sendiri. Sepupu yang lain kata " Kalau nak makan daun selom senang ja, cari kak farah " sambil petik daun yang dekat pipi mamat tadi. Semua orang gelak kuat sampai bergegar meja makan tu. Amboi sedap betul gelakkan orang. Dia ni memang. Kemudian sesi penentuan bermula. " Daun selom " itulah jawapan Mak Dak. Sepupu-sepupu Umy semua bersorak dengan kuat sambil berkata " Conteng muka aa nanti, kak Farah jangan lari pulak " Mak Dak kata dekat Umy " La kenapa tak bagi tau kat Mak Dak? " kalau tak boleh sepakat kata tu bukan daun selom. Tapi dah terlambat dah.

Umy tergamam seketika, dan tersengih sahaja. Alamak macam mana ni? Umy cepat-cepat makan dan yang lain siap sedia cari celak nak conteng muka Umy. Umy ke dapur nak basuh pinggan & dengar diorang kata, " Kak Farah mana? Dia lari ek? "  Orang basuh pinggan ja, mana ada lari. Lepas Umy keluar dari dapur semua suruh Umy cepat-cepat ambil celak.


Umy terpaksa akur, tapi Umy tak kata pun tadi Umy setuju nak diconteng kalau kalah. Tak pe la budak-budak kita mengalah ja untuk diorang, hehe. Lepas Umy keluarkan celak terus diorang rampas. Bermula dengan adik Umy dulu. Dia macam tak sabar-sabar sangat nak conteng muka kakak dia, nak kena dia ni.
'DAUN SELOM' dia tulis dekat pipi Umy. kemudian yang lain pulak tulis 'LAKSA' dekat dahi rasanya. Lepas tu Mak Lang datang nak kemas baju. " Ni kenapa ni?" " Kak Farah kalah tadi, tu la orang kata tak nak percaya "

" Habis merah dah muka kak farah " Kata mak lang yang perhatikan saja kami dari tadi. Umy pulak tak habis-habis ketawa sambil cuba elakkan muka ni dari diconteng. adik Umy pun dah tak ada pilihan, dia pegang muka Umy sambil conteng. Sampai hati budak ni buat kakak dia macam ni. Segan betul, nasib baik Mak Lang je yang tengok sebab yang lain sibuk siap sedia untuk pengantin buka hadiah.

Yang tidak berkenaan semasa debat tadi tu pun turut sama menyertai nak conteng muka Umy. buat misai la tu la ni la. Sakit perut Umy gelak. Lepas habis diorang kata jangan padam, kalau padam buat lagi. Lepas turun ke tingkat bawah, Umy ingat nak cuci muka, tapi diorang perasan & tarik Umy keluar dekat tempat pengantin nak bukak hadiah nanti. Umy segan sebab mak, ayah, nenek mak, nenek ayah semua sedara ada dekat situ.

Umy tutup muka Umy sambil tahan tak nak keluar. Diorang beramai-ramai tolak dari belakang lepas tu tarik tangan Umy. Sampai ja dekat luar. Nenek ayah tengok, "Ni apa ni?" ayah Umy pun kata benda yang sama.  "Depa conteng muka" jawab Umy. Ayah Umy gelak je, tapi Nenek Ayah macam marah, " Pasaipa pi conteng muka?"

Umy pusing-pusing tengok semua dah hilang. Takut la tu nenek ayah marah hehe " Depa conteng guna celak " " Oh ingatkan guna pen " Lepas tu nenek ayah sengih hehe. Umy pun masuk dalam balik & cuci muka. "Padan muka" hadiah Umy untuk sepupu-sepupu Umy tadi hehe. Lepas tu kami semua pun berkumpul dekat luar untuk tengok pengantin buka hadiah :)

" kak farah dah cuci " masih ada suara yang tidak puas hati nampaknya~ hehe

Hmm Umy nak tunjuk sikit nama-nama daun. jangan jadi macam umy pulak ya, tak pasal-pasal muka kena conteng.. :)

Daun Sup

Daun Selom


Daun Kesum



~Tamat~

Wednesday, 7 November 2012

Salam Ukhuwah

Assalamualaikum,

  Salam perkenalan buat semua.
  Tiada yang istimewa & tiada juga yang menarik tentang diri ini untuk diceritakan.
  Cukuplah sekadar berkongsi setitis ilmu dari lautan ilmu luas yang Allah miliki.
  Dan menerima ilmu dari yang mengetahui lebih dari apa yang saya ketahui.

Saya masih baru dalam dunia blogger ini.

Sudi-sudilah berikan tunjuk ajar & maaf andai terkasar bahasa.
Terima kasih :)

Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas

# Semoga kita sama-sama dapat berkongsi ilmu dan pengalaman, InsyaAllah.
- lebih banyak perkongsian lihat di page yang seterusnya :)

~UmyMawaddah~