Friday 6 January 2017

BERSEDERHANA ITU LEBIH BAIK ♡

Realiti dunia sekarang semua mahu hidup dalam keadaan mewah. Pantang dilihat orang lain lebih pasti rasa nak bersaing. Kalau bersaing secara sihat tak apa, tapi kalau sampai kita berhutang dan membawa kepada musibah, lebih baik hentikan.

Umy ada baca artikel tentang isu bersederhana semasa awal perkahwinan. Walaupun umy belum kahwin lagi, tapi mana tahu kan. Tup tup tahun ni umy kahwin. Amin :D dekat bawah ni link artikel yang umy baca dari blog siakapkeli:

http://www.siakapkeli.my/2017/01/tidak-mengapa-jika-di-awal-perkahwinan.html?m=1

Apa yang umy nak kongsi sekarang ialah berkaitan hak si suami dan isteri. Kalau hidup bersederhana ni dapat jamin ke hak masing2 terjaga? Jawapannya terpulang kepada kita sendiri. Dalam bersederhana tak bermakna tanggungjawab diabaikan.

Sebelum berkahwin masing2 dah melalui kursus kahwin yang wajib semua pasangan pengantin ambil. Maka isu tidak tahu akan hak pasangan atau hak diri sendiri dalam berumahtangga tidak sepatutnya wujud.

Antaranya pemberian nafkah kepada isteri. Walaupun kita bersederhana, tetapi nafkah kepada isteri tidak boleh sekejap diberi dan sekejap tidak. Meskipun isteri turut bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, si suami tetap perlu memenuhinya.

Jadi apa yang umy boleh simpulkan, bersederhanalah kita dalam kehidupan mengikut kemampuan masing2. Tidak perlu kita terlalu mengejar kemewahan untuk ditunjuk kepada orang ramai sehingga akhirnya memakan diri sendiri. Kebahagiaan bukan diukur dari kekayaan yang kita ada, tetapi dari hati yang ikhlas saling menyayangi semata-mata keranaNya.

No comments:

Post a Comment