Friday 6 January 2017

DESOLASI : PESAKIT MENTAL vs ORANG GILA??

Hujung tahun lepas, umy ada menonton wayang filem DESOLASI. Memang menarik dan sarat dengan mesej. Cerita ni berkisarkan mengenai Aiman yang mengalami penyakit mental. Dia bukanlah gila seperti stigma orang ramai kerana dia masih boleh berfikir secara waras, cuma ada ketika dia akan 'hilang' dan berada dalam dunianya sendiri. 

Cerita ini mengingatkan pengalaman umy semasa berpraktikal di Hospital Permai, Johor. Perkara yang sering dimomokkan mengenai pesakit mental adalah tidak benar sama sekali. Jika diberikan rawatan dan sokongan yang sewajarnya, mereka bukanlah individu yang membahayakan. Mereka boleh menjalankan aktiviti jual beli, membuat kuih muih, mengurus diri dan sebagainya. 

Cuma stigma yang telah lama tertanam dalam diri masyarakat kita telah meninggalkan kesan negatif akan pesakit mental ini. Kita seharusnya sedar bahawa mereka juga mempunyai hak mereka untuk dilayan dengan baik tanpa sebarang bentuk prejudis dan diskriminasi. Masyarakat juga perlu sedar bahawa bukan semua penyakit mental adalah GILA.

Penyakit mental itu boleh terbahagi kepada banyak perkara seperti kemurungan, halusinasi, delusi dan sebagainya. Maka tidak wajar dilabelkan mereka yang mempunyai penyakit mental adalah gila dan tidak waras. Stigma yang wujud ini malah akan membawa kepada perkara yang lebih buruk lagi. Di mana pesakit mental tidak mahu mengaku mereka punyai penyakit mental dan seterusnya tidak mahu mendapatkan rawatan kerana khuatir akan pandangan masyarakat. 

Jika perkara ini berlarutan, maka ia akan lebih parah dan membawa kepada masalah yang lebih serius. Maka masyarakat terutamanya, perlu mnyedari akan hak pesakit mental di mana mereka bukanlah gila dan mereka perlulah dilayan sama seperti pesakit yang mnghidapi penyakit fizikal.


Meskipun mereka mempunyai penyakit mental atau masalah kesihatan mental, ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai maruah. Sebagai seorang manusia, mereka turut punyai maruah untuk dijaga dan dihormati. Justeru, pelbagai usaha telah dilakukan oleh SUHAKAM bagi membela hak mereka. Antaranya dengan menggunakan slogan berkaitan seperti 'Maruah dalam Kesihatan Mental' dan sebagainya bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia. 


Sumber:

Hak untuk viral??

Makin ke hadapan makin banyak ragam remaja sekarang. Bermula dari satu aksi viral ke satu lagi aksi yang merbahaya. Motif? Mungkin mahukan perhatian atau sekadar suka2. Tapi yang pasti jawapannya ada pada mereka yang melakukannya. 

Seperti mana yang kita tahu, sekumpulan remaja yang memanjat mercu tanda IPOH telah memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka. Apa yang umy boleh ulaskan adalah memang kita punyai hak masing2 terhadap diri kita masing2. Tetapi jika perkara itu melibatkan nyawa dan aksi merbahaya sehingga melanggar undang2. Maka ia bukan lagi hak mutlak kita seorang.

Tambahan pula apabila diupload ke media sosial, maka dikhuatiri akan mempengaruhi remaja lain yang sememangnya suka mencuba perkara2 baru dan viral. Buktinya, baru2 ini sejurus kejadian tersebut, viral pula seorang remaja lelaki memanjat kren. Kuat betul pengaruh viral ni kan.

Pihak berkenaan telah membuat laporan polis akan tindakan remaja tersebut dan perlu difahami bahawa mereka bukan mencabuli hak individu tersebut untuk melakukan perkara yang dia ingin lakukan, tetapi kerana ia telah melanggar undang-undang dan membahayakan nyawanya serta orang di sekeliling.

Sebagai manusia yang diberi akal dan waras, sepatutnya kita perlu pertimbangkan tingkah laku kita. Bukan berfikiran singkat semata-mata. Namun, tidak wajar juga jika kita asyik menyalahkan mereka. Tindakan yang berkesan seperti sesi kaunseling dirasakan perlu dijalankan ke atas mereka yang terlibat untuk mengetahui sebab terperinci mereka berkelakuan sedemikian. Manusia mempunyai hak yang tersendiri, namun hak tersebut dibatasi oleh akal fikiran dan undang2.

Sumber : http://www.siakapkeli.my/2017/01/selepas-aksi-panjat-ipoh-viral-pula.html?m=1
BERSEDERHANA ITU LEBIH BAIK ♡

Realiti dunia sekarang semua mahu hidup dalam keadaan mewah. Pantang dilihat orang lain lebih pasti rasa nak bersaing. Kalau bersaing secara sihat tak apa, tapi kalau sampai kita berhutang dan membawa kepada musibah, lebih baik hentikan.

Umy ada baca artikel tentang isu bersederhana semasa awal perkahwinan. Walaupun umy belum kahwin lagi, tapi mana tahu kan. Tup tup tahun ni umy kahwin. Amin :D dekat bawah ni link artikel yang umy baca dari blog siakapkeli:

http://www.siakapkeli.my/2017/01/tidak-mengapa-jika-di-awal-perkahwinan.html?m=1

Apa yang umy nak kongsi sekarang ialah berkaitan hak si suami dan isteri. Kalau hidup bersederhana ni dapat jamin ke hak masing2 terjaga? Jawapannya terpulang kepada kita sendiri. Dalam bersederhana tak bermakna tanggungjawab diabaikan.

Sebelum berkahwin masing2 dah melalui kursus kahwin yang wajib semua pasangan pengantin ambil. Maka isu tidak tahu akan hak pasangan atau hak diri sendiri dalam berumahtangga tidak sepatutnya wujud.

Antaranya pemberian nafkah kepada isteri. Walaupun kita bersederhana, tetapi nafkah kepada isteri tidak boleh sekejap diberi dan sekejap tidak. Meskipun isteri turut bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, si suami tetap perlu memenuhinya.

Jadi apa yang umy boleh simpulkan, bersederhanalah kita dalam kehidupan mengikut kemampuan masing2. Tidak perlu kita terlalu mengejar kemewahan untuk ditunjuk kepada orang ramai sehingga akhirnya memakan diri sendiri. Kebahagiaan bukan diukur dari kekayaan yang kita ada, tetapi dari hati yang ikhlas saling menyayangi semata-mata keranaNya.

Thursday 5 January 2017

THE WOLF CHILDREN

Minggu ni masa ada gap exam, Umy dengan roomate kesayangan tengok cerita THE WOLF CHILDREN. Walaupun cerita kartun dan berunsur fantasi, cerita ini sarat dengan mesej yang bagus dan menarik. Apa lebih menarik ialah cerita ini seakan2 kontra dengan cerita SUNK INTO THE WOMB. Hal ini mungkin kerana situasi yang dialami oleh dua ibu ini adalah berbeza.

Didalam cerita THE WOLF CHILDREN, si ibu atau Hana telah berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan serigala jadian. Setelah melahirkan anak kedua, si suami keluar untuk mendapatkan sejenis burung liar yang dia sering buatkan sebagai sup bagi menaikkan selera si isteri. Tetapi malangnya dia telah mati dimana bangkainya sebagai seekor serigala dijumpai di sebuah longkang besar. Mungkin dia hanyut di bawa arus deras kerana hujan sangat lebat.

Maka tinggallah Hana sendirian dengan dua orang anaknya yang nakal. Dia tidak pernah membawa anaknya ke hospital kerana takut tiba2 mereka bertukar menjadi serigala. Hal ini telah menyebabkan pekerja sosial hadir dan berkeras untuk memeriksa anaknya. Kadangkala, anaknya akan menyalak dan akan terdapat jiran yang datang menjenguk rumahnya.

Perkara di atas berbeza dengan cerita SUNK INTO THE WOMB di mana tiada siapa yang begitu endah akan keluarga mereka. Selain itu, Hana ditinggalkan suami oleh kerana suaminya telah mati, tetapi si ibu di dalam cerita ini ditinggalkan oleh suaminya maka perasaan dan situasi yang dialami oleh mereka adalah berbeza.

Berbalik kepada cerita THE WOLF CHILDREN ini, Hana adalah seorang yang amat tabah. Dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah. Dia tidak menyekat hak anaknya untuk bermain di luar di mana dia hanya mengenakan syarat kepada anaknya supaya sentiasa menjadi manusia ketika di luar. Dia juga membenarkan anaknya bersekolah seperti manusia lain dan memilih jalan hidup mereka sendiri.
Di mana anak keduanya tidak mahu bersekolah lagi dan ingin ke hutan bagi memenuhi nalurinya sebagai seekor serigala. Walaupun tidak realistik tetapi mesej yang disampaikan adalah kena, iaitu anaknya mempunyai hak untuk memilih sama ada untuk kekal hidup sebagai seorang manusia atau seekor serigala.

Kesimpulannya cerita ini amat menarik, terutamanya berkenaan pengorbanan seorang ibu dan hak seseorang untuk memilih jalannya sendiri :D

SUNK INTO THE WOMB

Filem ini menjadi buah mulut ramai serta viral di laman sosial. Mana tidaknya, cerita ini adalah diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku di Jepun. Apa yang Umy boleh katakan ialah inilah hasilnya atau akibat daripada pengabaian hak asasi manusia. Baik sebagai seorang wanita atau seorang isteri.

Seperti mana yang kita ketahui, filem ini mengisahkan berkenaan dua beradik yang berumur dalam lingkungan 3 tahun dan 1 1/2 tahun. Ibu mereka bekerja di kelab setelah suaminya curang dan hilang tanpa khabar berita, ibarat digantung tidak bertali. Hasil pengabaian dari suami, si ibu mungkin mula merasa anaknya sebagai beban dan apabila mendapat teman lelaki baru semestinya tanggungjawab terhadap anaknya tidak diendahkan. Hal ini berlarutan sehingga dia sanggup membiarkan anaknya mati kelaparan dan melemaskan anaknya sendiri.

Hal ini adalah realiti yang menakutkan di mana bermula dengan hanya pengabaian si suami, kini membawa kepada kehilangan 2 nyawa yang tidak berdosa. Jika difikirkan kembali, jelas sekali dua beradik ini tidak layak diperlakukan sedemikian. Mereka berhak untuk hidup, dan jika betul ibunya tidak mahu menyara mereka, bawalah ke tempat yang sepatutnya seperti tempat perlindungan kanak-kanak dan sebagainya daripada dibiarkan sebegitu.

Si ibu mungkin sudah hilang pertimbangan dan mungkin merasakan bahawa sudah tiada tempat baginya untuk mendapatkan bantuan atau bercerita akan masalahnya. Oleh yang demikian, hak asasi sebagai seorang isteri seharusnya diambil berat sebagai contoh, mana-mana isteri yang telah diceraikan atau ditinggalkan begitu sahaja oleh suami berhak mendapatkan bantuan kewangan serta khidmat kaunseling secara percuma. Hal ini akan dapat membantu mereka bagi menyara hidup dan menstabilkan emosi supaya tidak bertindak di luar kawalan.

Selain itu, apa yang dihairankan ialah mengapa tiada jiran yang datang untuk membantu? Katanya pihak polis tidak dapat masuk kerana tiada waran. Namun di saat2 genting seperti itu tidakkah wajar untuk mereka memecah masuk bagi menyelamatkan kanak2 tersebut? Hal ini pastinya menjadi parah apabila manusia sudah hilang nilai kemanusiaannya dan hanya memikirkan halnya sendiri.

Tuntasnya, apa yang Umy dapat simpulkan ialah, hak asasi manusia itu adalah amat penting dan perlu dijaga kerana dengan hanya satu isu yang terlepas pandang, maka akan membawa kepada musibah yang lebih besar seperti yang berlaku di dalam filem ini. Maka perlu bagi kita untuk mengambil ikhtibar, Sekian ♡
"Hold My Hand" by Maher Zain
Cuba kita hayati bait-bait lirik lagu ini. Pasti sarat dengan mesej yang berkaitan kemanusiaan kan? 

  Link video:  https://youtu.be/0VcI_axdUZo


I hear the flowers kind of crying loud
The breeze is sounding sad, oh no
Tell me when did we become so cold and empty inside
Lost our way long time ago
Did we really turn that blind?
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun
The same round moon
Why don't we share the same love?
Tell me why not
Life is shorter than most had thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we've left behind
Hold my hand my friend
We could save the good spirit in me and you
For another chance
And let's pray for the beautiful world
The beautiful world I share with you

Children seem like they've lost their smile
On the new bloody play grounds, oh no
How could we ignore heart breaking crying sounds
And we're still going on like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain we cause
Like it's a daily basic affair
Now we share the same bright sun
The same round moon
Why don't we share the same love?
Tell me why not
Life is shorter than most had thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we've left behind
Hold my hand my friend
We could save the good spirit in me and you
For another chance
And let's pray for the beautiful world
The beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I'm always going to be your neighbour
There's only one small planet where to be
So I'm always going to be your neighbour
We cannot hide, we can't deny
That we're always going to be neighbours
Your neighbour, my neighbour, we're neighbours

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we've left behind
Hold my hand my friend
We could save the good spirit in me and you
For another chance
And let's pray for the beautiful world
The beautiful world I share with you

Apabila dihayati dengan teliti antara yang Umy dapat katakan ialah lirik lagu ini mengisahkan berkenaan dengan isu semasa yang negara-negara Islam sedang alami iaitu peperangan. 

"Children seem like they've lost their smile
On the new bloody play grounds, oh no" 

Ayat di atas jelas menunjukkan situasi yang dialami oleh negara bergolak iaitu kanak-kanak terutamanya telah hilang kebebasan untuk menikmati keseronokan apabila hanya darah yang dilihat di sana sini.

Selain itu, lagu ini juga menyampaikan mesej untuk menyedarkan kita semua bahawa kita semua adalah berjiran. Yang bermaksud kita berkongsi, tinggal, lihat dan hidup di tempat yang sama iaitu bumi dan berkongsi matahari serta bulan yang satu. Oleh yang demikian, tidak perlu kita berbalah sesama sendiri dan perlu untuk kita menyelesaikan setiap konflik yang wujud dengan damai. 

Akhir sekali, lirik lagu ini juga menyampaikan mesej bahawa hidup ini adalah singkat maka tidak perlu kita berlawanan, berbalah sesama sendiri dan tidak wajar bagi kita memandang peperangan atau cara keganasan itu adalah lumrah biasa dalam kehidupan kerana ia jelas berlawanan dengan hak asasi manusia yang wajar untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni. 

Jadi, jom sama2 kita selain daripada hanya mendengar lagu2 kita hayati sama