Wednesday 2 January 2013

Mutiara Kata :)



12. Kadangkala kita rasa kita baik,
     Tetapi ada yang lebih baik dari kita, 
     Kadangkala kita rasa kita cukup bijak,
     Tetapi ingatlah Allah yang berikan kita ilmu itu,
     Kadangkala kita rasa diri kita tidak sempurna, 
     Tetapi bersyukurlah kerana ada yang lebih teruk nasibnya dari kita.
# Muhasabah diri sebelum tidur, Selamat Malam.

13.Cinta itu indah,
  Namun masih ada yang  mencemarinya, 
    Cinta itu suci, 
 Namun masih ada yang mengotorinya, 
     Cinta itu menguatkan, 
     Namun masih ada yang rebah,
     Sedarlah, 
     Cinta Allah itu kekal abadi,
    Kita tidak perlukan cinta selain dari cintaNya, 
     Cukuplah Allah untukku :)

14. Syaitan akan bergembira apabila ukhuwah yang terjalin musnah sekelip mata,
     Bukalah hati untuk sentiasa memaafkan dan dimaafkan agar syaitan tidak terus bermaharajalela..
# Salam ukhuwah & mohon maaf kepada semua :)

15. Sahabat mencerminkan diri kita :)

16. Sabar itu separuh daripada iman. Semua orang tak sempurna bahkan diri kita sendiri pun belum tentu orang lain suka

# Banyakkan bersabar

17. Jangan membuka keaiban diri sendiri & orang lain yang Allah S.W.T telah sedia     tutupkan daripada pengetahuan orang lain.
# Itu tanda Allah masih melindungi & menyayangi kita :')

( Umy Mawaddah )


No comments:

Post a Comment